Sunday, November 14, 2010

**Pok Dolloh bukan pemilik kedai ini
Time : 9.34 
Temperature : 28°C (body) 25°C (room)
Atmospheric pressure : 1009mbar
Altitude : 40 m 

hari yang agak tenang, baru lepas breakfast pulut dengan ikan bakar ( sticky rice (variation of glutinosa) cooked with the malaysian pulut kepal consistency + grilled shortfin scad or Decapterus macrosoma*. Hari ini agak dingin, badan rasa sihat dan berada di dalam keadaan yang optimum. Heartbeat yang baik iaitu 62 bpm due to senaman yang consistence yang telah berlansung selama hampir 10 bulan.

Program 'defecation' pun telah selesai. Ia agak tidak manis untuk dikongsi bagi sesetengah manusia, tapi apa yang ingin disampaikan ialah betapa indahnya kehidupan sekiranya kita memiliki tubuh yang sihat dan kenikmatan melaksanakan program defecating di dalam tempat yang aman, bersih. Be grateful, bak kata encik herrick 

Gather ye rosebuds while ye may, 
Old Time is still a-flying
And this same flower that smiles today
Tomorrow will be dying  
                                                 Robert Herrick - To the Virgins, to Make Much of Time

* ikan selayang dipanggil ikan sardin bagi kebanyakkan masyarakat pantai barat malaysia, tetapi sebenarnya ia bukan ikan sardin. Ikan sardin kalau ikut taxonomy pun sudah berada pada family yang berbeza dengan ikan selayang, ikan sardin = dari family Clupeidae ( sama family dengan herring ) manakala ikan selayang dari family Carangidae. 
Species sardin yang sering berenang dengan sos tomato didalam tin cap Ayam adalah dari species  Amblygaster sirm atau nama mat salehnya Spotted Sardinella.
** P.Diddy atau P Dolloh merupakan mamak yang fasih berbahasa terengganu, walaupun raut wajahnya lansung tidak meyakinkan (bahawa beliau mampu berbuat begitu). Memiliki kedai kopi sendiri, tetapi masih mahu juga minum di kedai ( yang bukan kedainya ). P.Dolloh merupakan antara bukti yang agak solid bahawa pakar perubatan atau doktor juga akan sakit dan akan bertemu doktor lain. 

2 comments: